Pengenalan Internet

Internet adalah kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang dahulunya stand alone kini dapat berhubungaan secara langsung dengan host-host atau komputer yang lainnya.
Dalam erti kata yang lain pula, internet bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar dimana setiap penduduk memiliki alamat (internet address) yang digunakan untuk berkirim surat atau informasi. Sekiranya penduduk itu ingin mengelilingi kota, ia memadai hanya dengan menggunakan komputer sebagai kenderaan dimana jaringan jalannya bertumpu di atas prasarana atau lebih tepat lagi media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan line telefon telefon dan jalur cepatnya menggunakan leased line atau ISDN.
Sampai sekarang terdapat lebih dari 30,000 jaringan dengan alamat lebih kurang 30 juta di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai ruang maya kerana ia sama dengan perjalanan hidup seharian kita.
Konsep Multimedia
Secara umumnya, multimedia membawa maksud pelbagai media yang biasanya merujuk kepada gabungan unsur-unsur seperti teks, gambar/imej, warna, bunyi, animasi dan movie. Impaknya dapat dilihat menerusi penggunaan penyampaian sesuatu bahan dan maklumat yang berpaksikan komputer.
Dengan teknologi ini, keupayaan multimedia telah dapat ditingkaatkan dengan unsur-unsur berteknologi tinggi serta sistem komunikasi yang canggih. Umpamanya talian telefon telah diperkaya dan dikaitkan dengan fungsi internet, sidang video dan faksimili – satu perkara yang tidak pernah terfikir dahulunya terjadi.
Dari sudut komputer, multimedia lebih menjurus kepada penggunaan perkakasan dan aplikasi/sofwer yang mampu menjana unsur-unsur multimedia seperti Macromedia Authoware, Macromedia Director, Toolbooks dan sebagainya yang telah menjadi pilihan dalam merencanakan aplikasi multimedia ini.
Multimedia

Multimedia adalah sebuah aplikasi yang canggih di mana ia menggabungkan unsur-unsur seperti animasi, grafik, suara, teks dan video iaitu dalam bentuk interaktif. Multimedia ternetuk adalah disebabkan oleh perkembangan komputer peribadi dan peranan yang telah dimainkan oleh media-media yang berlainan iaitu untuk membantu dalam apa jua jenis persembahan bagi pelbagai bidang.
Dalam persediaan untuk membuat persembahan multimedia terdapat dua kriteria yang perlu dipatuhi iaitu yang pertama, aspek pemilihan perisian yang sesuai. Dalam aspek ini pengguna perlu menekankan pemilihan perisian agar dapat menghasilkan persembahan yang berkualiti dan sesuai dalam semua segi. Aspek kedua pula ialah penggunaan saiz fon, suara, dan warna yang sesuai. Ini penting supaya persembahan yang dibangunkan dapat menarik perhatian orang ramai.
Dewasa ini, penggunaan multimedia ternyata semakin meluas khususnya dalam bidang-bidang seperti:
Perniagaan
Pendidikan
Rumah
Tempat Awam
Alam Maya
Multimedia terdiri daripada beberapa jenis perisian antaranya ialah Perisian Asas, Keperluan Dalam Multimedia, dan Penyediaan Fail.
Perisian Asas: Macromedia Director
Microsoft Powerpoint
Keperluan Dalam Multimedia: untuk digunakan dalam grafik, suara, animasi dan interaktif.
Penyediaan Fail: Kaedah menyeiakan fail-fail dalam pembangunan multimedia, audio, grafik, animasi dan video.
Teks
Kegunaan teks dalam multimedia
• Cara pemilihan fon yang sesuai
• Menu untuk navigasi
• Butang yang interaktif
• Antara portrait dan landscape
• Simbol
• Ikon
• Teks beranimasi
Audio
Sistem audiomultimedia
• MIDI
• Digital Audio
• Format fail
• Audio
Grafik
Bitmaps
• Clipart
• Vektor Grafik
• Format fail animasi
Animasi
Asas Animasi
• Teknik Animasi
• format fail animasi
Video
Video
• Cara Video berfungsi
• Kemampatan video (JPEG,MPEG,DVI)
Memori dan Peranti
-Disk dan cakera keras, pemacu syQuest, storan optik, CD-ROM, Perakam CD-ROM, Pemain cakera video
Peranti Input
-Keyboard, mouse, skrin sentuh, pembaca dan pengekod kad magnet,template grafiks, pengimbas, sistem pengenal suara dan kamera digital.
Peranti Output
-Peranti audio dan video, monitor dan projektor.
Alat Komunikasi
-Modem, monitor perkongsian jarak jauh

Pembangunan Konsep
-Melahirkan konsep (Model Konseptual)
Mereka Skrip
-Menghasilkan skrip
Pengeluaran
-Penilaian pengguna

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: